• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian DNA Untuk Tentukan Mayat Dijumpai Bernard Then Atau Tak

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Malaysia dan Filipina akan bekerjasama rapat dalam menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan sama ada mayat yang dijumpai di selatan Filipina adalah Bernard Then Ted Fen ataupun tidak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk mendapatkan sampel DNA daripada keluarga Then di Malaysia untuk dipadankan dengan DNA mayat yang dijumpai pihak berkuasa Filipina semalam.

“Semalam, satu mayat telah ditemukan di Indanan, Jolo (selatan Filipina) dan mayat itu kini disimpan di sebuah hospital di Filipina,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 155 anggota Polis Diraja Malaysia dari Cawangan Khas yang bertugas semasa pencerobohan pengganas di Tanduo, Lahad Datu.

Ketika ditanya bilakah ujian DNA berkenaan dapat dijalankan, Khalid berkata ia bergantung kepada pihak berkuasa Filipina dan berharap agar ia dapat dilakukan segera.

Beliau berkata sekiranya ujian DNA mengesahkan mayat berkenaan adalah Then, pihak berkuasa Malaysia akan berusaha untuk memastikan penghantaran balik mayat berkenaan dapat dilakukan secepat mungkin.

Mengenai penemuan mayat itu, Khalid berkata pihak berkuasa Filipina memaklumkannya bahawa badan dan kepala dijumpai di lokasi berasingan.

Katanya bahagian badan mayat berkenaan telah ditanam di sebuah lokasi namun telah digali semula oleh pihak berkuasa Filipina sebelum disimpan di sebuah hospital sementara menunggu ujian DNA dijalankan.

“Apa yang kita dimaklumkan, berlaku pertempuran antara pihak berkuasa Filipina dan kumpulan militan Abu Sayyaf…dalam keadaan kelam kabut apabila mereka (penculik) diserang, ada mangsa-mangsa yang ditembak kemudian terus ditanam.

“Jadi kami ingin mengesahkan (sama ada mayat itu Then atau tidak) secara saintifik dan rasmi,” kata Khalid dan menambah akan ke Manila secepat mungkin bagi menemui rakan sejawatannya berhubung perkara tersebut.

Media asing melaporkan bahawa Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak, dipenggal kepalanya kira-kira 4 petang, Selasa lepas, di kubu kuat Abu Sayyaf yang terpencil di Jolo di wilayah Sulu, kira-kira 1,400km selatan Manila.

Then dan seorang wanita, Thien Nyuk Fun, 50, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan pada 7.45 malam 14 Mei lepas.

Bagaimanapun, pada 8 Nov, Thien, pengurus restoran itu, dibebaskan oleh penculiknya berikutan rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dan penculiknya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]UPtvQUgejWo[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]IKRJlZnwZ4A[/wpdevart_youtube]

Tags: Bernard Then Ted Fen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abu Mendiang Bernard Then Tiba Di Malaysia Petang Sabtu

17/01/2016
0

KUALA LUMPUR - Abu mayat mendiang Bernard Then Ted Fen, jurutera Malaysia yang dibunuh di Filipina tahun lalu, tiba di...

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Bawa Pulang Mayat Bernard Then

23/12/2015
0

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, yang diculik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd