Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

2 Lagi Didakwa Hina...

KUALA LUMPUR - Seorang pekebun dan seorang pekerja khidmat pelanggan wanita didakwa di...

Senarai Tweet Eric Yang...

Sebentar tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Pengarah Eksekutif...

Isu Di Ampang: Surat...

KEHADAPAN   Kak Wan,Saya Mohd Shafiq Bin Abdullah ahli PKR dalam Cabang Ampang dan...

Bedah Siasat Mayat Nora...

SEREMBAN - Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan...

Annuar Dedah Surat Kerajaan Kelantan Tak Mampu Taja TRW?

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan keputusan kerajaan Kelantan enggan memberi peruntukan sebanyak RM2 juta kepada pasukan The Red Warriors (TRW).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, situasi itu pasti menyukar pasukan bola sepak Kelantan bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang mendapat peruntukan besar daripada kerajaan negeri masing-masing.

Annuar Musa
Annuar Musa

“Entah ke mana lagi nasib pasukan negeri nak bergantung. Dalam keadaan semua (kerajaan) negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan lain-lain melabur semakin besar melebihi RM15 juta untuk pasukan negeri masing masing, pasukan negeri kita sudah tiada tempat lagi untuk mengadu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Annuar turut mendedahkan surat rasmi daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan berhubung perkara itu menerusi laman Facebook beliau.


Surat rasmi itu antara lain menyebut kerajaan Kelantan belum dapat mempertimbangkan permohonan KAFA untuk mendapatkan peruntukan RM2 juta disebabkan kedudukan kewangan semasa.

Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Kelantan, Shamsul Abu Bakar. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori