Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pernah Hidup Terdesak, Nam...

KUALA LUMPUR- Pelakon dan pengarah, Nam Ron mendedahkan, adegan lelaki ditahan polis kerana...

Penyeludup Buang Lebih 600kg...

LANGKAWI - Kecurigaan beberapa nelayan tempatan di sini terhadap gelagat sekumpulan lelaki membuang...

SMK Tinggi Kajang Juara...

PETALING JAYA - SMK Tinggi Kajang muncul juara kejohanan bola sepak Piala Dato'...

Krisis Politik Selangor: PKR...

PETALING JAYA – PKR menerusi Biro Politiknya bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Selangor,...

Kemenangan JDT Rangkul Piala AFC Jadi Inspirasi Pasukan Lain

JOHOR BAHARU – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap kejayaan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) malam tadi, akan menjadi pendorong buat pasukan bola sepak tempatan lain untuk mencipta kejayaan sama.

Beliau juga berharap kejayaan itu dapat menyuntik semangat baharu kepada JDT untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Katanya, kemenangan itu hasil usaha dan semangat kental pemain JDT selain daripada doa dan sokongan semua pihak, tidak kira penduduk Johor mahupun Malaysia.

“Apabila berdepan dengan pasukan Istiklol FC, pemain JDT bukan hanya mewakili Johor malahan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mohamed Khaled adalah antara tetamu kenamaan yang menyaksikan perlawanan akhir AFC itu di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan.

Gol tunggal perlawanan JDT menentang Istikol FC malam tadi disumbangkan pemain importnya, Leandro Velazquez pada minit ke-22 hasil rembatan kencang dari dalam kotak penalti, sekali gus menewaskan penjaga gol Istiklol, Nikola Stosic. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori