• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Badrul Hisyam Titik Kebangkitan Olahraga Negara

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek, adalah titik kebangkitan olahraga negara.

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abbas berkata Badrul Hisyam yang melakukan catatan 10.29 saat di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei semalam, hanya ketinggalan 0.04 saat di belakang pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura, Jun lepas.

Kejayaan Badrul Hisyam itu menutup kritikan segelintir pihak sebelum ini, yang memperlekeh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana ketandusan pelari pecut lelaki setanding Watson.

Zainal berkata pihak kejurulatihan akan memastikan prestasi atlet berbakat seperti pelari muda berusia 18 tahun itu sentiasa berada pada tahap terbaik terutamanya dalam aspek kecergasan.

“Semestinya kejayaan Badrul memecah rekod Watson Nyambek itu memberi sinar baharu dalam olahraga tempatan. Perjalanan Badrul masih jauh dan beliau perlukan bimbingan yang betul,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain Badrul Hisyam, seorang lagi atlet negara, Asnawi Hashim yang meraih pingat perak pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN itu, dengan catatan 10.71s juga perlu diberikan perhatian sama supaya prestasi kedua-dua atlet berkenaan berada di tahap kompetetif.

“Asnawi juga berbakat besar, beliau juga pernah layak ke separuh akhir semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia IAAF di Colombia pada Julai lepas.

“Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Malaysia Perlis, beliau membuat catatan 10.57s. Asnawi baru 17 tahun, seperti Badrul kita akan pantau perkembangan beliau,” katanya.

Zainal juga berharap kedua-dua atlet berkenaan mengekalkan prestasi masing-masing dan berusaha mencapai kejayaan lebih baik pada kejohanan akan datang.

Badrul Hisyam dijadual menyertai Kejohanan Tertutup Asia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Watson dalam laman sosial Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Badrul Hisyam, dan gembira dengan kejayaan itu selepas olahraga negara dalam acara pecut, suram selama 17 tahun.

“Tahniah kepada Adik Badrul. Saya harap kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana lahir lagi seorang pelari pecut setelah 17 tahun sepi. Saya juga berharap ramai lagi atlet di Malaysia, tak kira bangsa dan agama setanding dengan atlet negara lain,” katanya.

Watson berkata kemudahan atlet muda sekarang lebih baik berbanding dahulu dan tiada alasan bagi mereka tidak beraksi dengan lebih cemerlang.

“Sekarang teknologi semakin canggih dan boleh membantu atlet pergi lebih jauh. Seperti makanan tambahan, gimnasium dan sains sukan, semua boleh buat atlet lebih maju.

“Mustahil tidak boleh buat 10.30s atau sama taraf dengan ‎Usain Bolt‬. Saya cabar atlet Malaysia, sila saingi masa beliau (Badrul) dan buat yang lebih baik lagi,” kata Watson. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2vwLgjOFm9s[/wpdevart_youtube]

Tags: atletBadrul Hisyam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd