• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Siasat Dakwaan MYEG Lantik Ejen Daftar Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat MYEG Services Berhad atau pegawainya melantik ejen untuk pendaftaran atau pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing, kata Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa MYEG yang merupakan syarikat tunggal melaksanakan pendaftaran PLKS secara atas talian, telah melanggar syarat yang menetapkan syarikat itu tidak boleh melantik mana-mana ejen luar untuk tujuan tersebut.

“KDN sedang siasat MYEG atau pegawainya jika terlibat, sebab kita terima banyak laporan bahawa syarikat itu melantik ejen untuk daftar pekerja asing.

“Jika benar tindakan mereka ini, ia boleh menyulitkan kerja-kerja Jabatan Imigresen dalam mengawal kemasukan pekerja asing,” kata Nur Jazlan.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti operasi menahan pendatang asing tanpa izin (Pati) oleh Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Bukit Damar, di sini pada awal pagi Sabtu.

Pada 5 Nov lepas, Nur Jazlan berkata MYEG yang juga penyedia perkhidmatan atas talian bagi jabatan-jabatan telah menafikan dakwaan bahawa syarikat itu telah melantik ejen untuk melaksanakan pendaftaran dan pembaharuan PLKS. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Tst9e7u9ckY[/wpdevart_youtube]

Tags: pekerja asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd