• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JZNK Agih Bantuan RM128.66 Juta Sejak Jan Hingga Okt Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan bantuan sebanyak RM128.66 juta kepada golongan sasar sejak Januari hingga Oktober lepas.

Setiausahanya Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata bantuan tersebut meliputi 56 jenis bantuan seperti bantuan kepada fakir miskin dan guru agama, biasiswa, dermasiswa serta pembinaan masjid dan surau.

Beliau berkata sebanyak RM17.866 juta telah diagihkan kepada 29,778 orang dari kategori miskin tahunan manakala RM3.38 juta kepada 4,891 penerima kategori miskin bulanan.

“Kita juga telah beri bantuan pakaian kepada pelajar miskin di 414 sekolah dengan RM2.48 juta,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Institut Pengajian Tinggi (IPT) hari ini.

Katanya sebanyak RM25.37 juta dermasiswa diagihkan kepada 21,613 pelajar IPT, RM2.44 juta kepada 489 pelajar agama di Mesir, RM3 juta kepada 4,726 guru agama kampung dan RM1.2 juta kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Syeikh Ghazali berkata sebanyak RM102 juta kutipan zakat berjaya dikumpulkan sejak Januari hingga Oktober lepas menerusi zakat perniagaan, padi, fitrah dan individu.

“Kita sasarkan sebanyak RM129 juta tahun ini dan kita seru kepada syarikat korporat, ahli perniagaan dan individu yang belum menunaikan zakat agar menyegerakan pembayaran zakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd