• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pati Di Sabah Adalah Isu Nasional Yang Perlu Diselesaikan Bersama

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah merupakan isu nasional yang perlu diberi perhatian untuk dibincang dan diselesaikan secara bersama, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata, isu PATI di negeri ini merupakan masalah paling besar dan kompleks yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk meneliti perkara itu sekali gus menyelesaikannya.

“Saya berterima kasih dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prihatin dalam menangani masalah PATI ini dengan mewujudkan sebuah badan bebas khas iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PATI (RCI) yang bertindak mengkaji dan seterusnya menyelesaikan masalah ini.

“Namun isu ini juga merupakan tanggungjawab bersama kerana masalah ini adalah isu nasional dan sebab itu perbincangan untuk mencari penyelesaian haruslah melibatkan semua pihak dan kalau boleh libatkan pembangkang kerana objektif kita hanya satu iaitu iaitu penyelesaian ke atas masalah PATI yang semua rakyat di Sabah merasai implikasinya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan tritahunan PBRS dekat sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan oleh Najib dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, isu PATI perlu ditangani segera kerana timbul perpecahan dalam aspek sosial dan ekonomi selain mewujudkan rasa tidak puas dalam kalangan penduduk tempatan terhadap PATI.

Dalam hal ini, beliau berkata perjuangan dan pendirian PBRS dan seluruh rakyat Sabah untuk membendung masalah PATI adalah jelas dengan menentang Projek IC.

“Kami bukan menentang migrasi yang berlaku di Sabah tetapi asalkan migrasi itu adalah melalui peruntukan undang-undang yang sah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Joseph KurupPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd