Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Ada 279 Halaman Dalam...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan beliau memerlukan masa untuk...

Mahkamah Batal Saman Kes...

KERAJAAN Malaysia dan empat pihak lagi berjaya mengetepikan saman dikemukakan remaja berumur 19...

Hari Kopi Vietnam Pertama...

HANOI - Buat julung kalinya, Hari Kopi Vietnam akan diadakan di dataran tinggi...

SPR Nafi Perlu Etika...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mesej tular mengenai etika berpakaian...

“Hutang ‘Berkepuk’, Dana & Penaja Musim Depan Pun Tak Ada..”

KUALA LUMPUR – “Seorang individu tentunya tidak terdaya memikul sesuatu yang sebuah kerajaan tidak mampu memikulnya,” demikian luahan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung keengganan kerajaan Kelantan memberi dana untuk pasukan bola sepak negeri itu.

Annuar Dedah Surat Kerajaan Kelantan Tak Mampu Taja TRW?

Kata Annuar, keputusan yang diambil kerajaan Kelantan itu bermaksud The Red Warriors terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan lain pada musim depan tanpa dana.

“Keputusan kerajaan negeri tidak akan membantu bererti kita (Kelantan) tiada sebarang modal untuk mulakan musim depan. Penaja juga belum ada. Apakan daya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Annuar turut memaklumkan akaun bola sepak Kelantan kini memiliki hutang beberapa juta ringgit.


Kerajaan Kelantan sebelum ini menolak permohonan KAFA untuk mendapatkan dana RM2 juta untuk The Red Warriors pada musim depan.

Alasan yang diberikan adalah kedudukan kewangan kerajaan negeri yang tidak mengizinkan. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori