• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hikayat Sebuah Troli ‘Malang’ Bawa Daging Babi..

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA bulan lalu, insiden pelanggan bawa anjing dalam troli di sebuah pasar raya telah menjadi buah mulut masyarakat sehingga menyebabkan pihak berwajib menjalankan beberapa inisiatif agar perkara tersebut tidak berulang kembali.

Maka lebih 500 troli dikatakan telah disamak dan penggunaan tanda amaran lebih besar digunakan pihak pasar raya agar pelanggan yang bukan beragama Islam lebih peka mengenai larangan terbabit.

Apa yang boleh disimpulkan, rakyat Malaysia sememangnya memandang serius isu ‘halal haram’ dan netizen di media sosial merupakan antara faktor utama perkara ini dapat diketengahkan.

Bagaimanapun sekiranya haiwan hidup seperti anjing boleh menimbulkan panik kepada masyarakat kerana dibimbangi ianya dicemari najis tanpa disedari, bagaimana pula dengan haiwan mughallazah lain seperti daging babi yang diletakkan dalam troli yang tidak diasingkan?

Seorang netizen bernama Chin Huat Hong menyentuh tentang isu ini, malah berkongsi pengalamannya membawa daging babi dalam sebuah troli untuk menunjukkan apakah risiko yang ditakuti berlaku oleh umat Islam sebagaimana dalam isu anjing sebelum ini.

Bagaimanapun dia mendakwa, perasaan ‘was was’ itu mungkin cuma dirasai oleh umat Islam di Semenanjung Malaysia sahaja dan bukan di Sabah dan Sarawak.

Tak apalah, itu kita komen kemudian. Jom lihat dulu coretan Chin-Huat Wong yang dinamakan ‘hikayat sebuah troli yang malang’.

troliiii

troli
Ini troli ‘malang’ yang dipilih saya.
troli2
Ini bahagian tidak halal – Ia tertutup maka udara di luar dan di dalam pun terpisah kecuali bila pintu dibuka.
troli3
Ini tulang babi yang saya pilih. Ia dibalut dalam plastik dan luarnya kering. Risiko? Takut kalau permukaan plastik itu mempunyai sisa-baki daging, maka tangan saya pasti membawa risiko.
troli4
Si jurujual membalutnya dengan sebuah beg plastik. Ini praktis piawaian. Sekalipun di Pulau Pinang di mana pembeli kena membayar untuk beg plastik, pembeli daging babi dapat beg plastik percuma. Risiko? Tangan jurujual menyentuh lapisan plastik itu, seperti tangan saya.
troli5
Tulang babi yang dibungkus dalam beg plastik terbaring di dasar troli.
troli6
Saya membayar dengan tunai dan menerima bakinya daripada jurujual. Risiko? Tinggi. Wang yang bertukar tangan itu mungkin datang dari mana-mana saja, termasuk mereka yang baru menyentuh daging babi.
troli7
Sayur-sayuran yang saya beli bergaul rapat dengan tulang babi dalam beg plastik itu.
troli8
Saya membayar untuk sayur-sayuran di kaunter umum.
troli9
Saya mengambil keluar dua beg plastik yang mengandungi tulang babi dan sayur-sayuran masing-masing dari troli ‘malang’ itu.
troli10
Troli ‘malang’ itu kembali ke tempatnya.

Kesimpulan: risiko untuk troli terkena sisa-baki daging babi di permukaan bungkusan plastiknya amatlah rendah.

Terima kasih kepada Hong yang begitu prihatin terhadap perasaan kaum Muslim yang begitu takut dengan ‘risiko’ terkena najis yang perlu disertu seperti daging babi hingga sanggup berkongsi pengalaman seperti ini.

Benar seperti apa dirumuskan Hong, risiko troli berkenaan untuk terkena sisa baki daging di permukaan bungkusan plastik amatlah rendah. Namun serendah mana pun risiko itu, ianya tetap sesuatu yang sudah ditetapkan hukumnya dalam agama kami.

Bukan salah Hong kerana tidak faham bahawa apabila ssesuatu hukum sudah diputuskan maka ia tidak boleh diambil ringan semata-mata mengikut arus masa, namun itulah jawapan mengapa orang Muslim cukup menitik beratkan hal halal haram ini.

Maka penyelesaian terbaik bukan menyeru orang Islam ‘meringankan’ sedikit ketakutan mereka terhadap risiko terkena najis anjing dan babi; tetapi memastikan semua rakyat Malaysia menghormati setiap agama dan mengelak isu sensitif seperti ini termasuk pengusaha pusat beli belah dan lain-lain tempat awam.

Pengasingan tempat jualan dan troli yang digunakan berkaitan produk makanan yang haram buat agama Islam adalah solusi tepat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingpasarayasamak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd