Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pengalaman Lalu Dekatkan ATM...

MUAR – Usaha menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di...

Donald Trump Sebenarnya Banyak...

WASHINGTON - Syarikat yang dimiliki Donald Trump berhutang kira-kira AS$650 juta (RM2.6 bilion),...

Suami Dipenjara Sebulan Tampar...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang suami yang menampar pipi serta memulas tangan isterinya...

Wahai DBP… Harapkan Pagar...

Ada dua peribahasa yang mana ada pihak tertentu mengatakan sebagai salah konteks penggunaannya...

Hampir 50,000 Anggota JPAM Sedia Bertugas Hadapi Banjir

MELAKA – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap siaga untuk mengerah 49,800 anggota tetap dan sukarelawannya membantu masyarakat jika berlaku bencana banjir di mana-mana negeri yang terlibat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahlan berkata daripada jumlah itu, 11,800 adalah anggota yang boleh digerakkan serta merta dalam tempoh dua jam permulaan banjir manakala selebihnya adalah sukarelawan yang boleh dipanggil membantu tugas susulan operasi.

“JPAM sentiasa bersedia dan meletakkan kesemua kekuatan dan aset dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi bencana alam yang saban tahun melanda beberapa negeri di seluruh negara.

Kita yakin kekuatan ini mampu untuk membantu dan bergerak seiring dengan jabatan yang lain kerana setiap anggota telah didedahkan dengan kursus pengurusan bencana dan peranan di pusat pemindahan bagi melancarkan sistemoperasi ketika banjir melanda di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) Peringkat Negeri Melaka mewakili Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Selamat berkata selain sukarelawan daripada kalangan orang awam, pihaknya juga akan menggerakkan sukarelawan Siswa Siswi Pertahanan Awam untuk turut memberi bantuan ketika musim banjir.


Terdahulu, dalam majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata CDERT akan menjadi barisan hadapan dalam memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat di negeri itu apabila berlaku bencana terutama banjir.

Beliau berkata pasukan itu mampu memperkemaskan struktur bantuan kecemasan sedia ada kerana ia dianggotai pemimpin masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan komuniti setempat.

“Sebanyak 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini telah mewujudkan pasukan CDERT sebagai persediaan awal dalam pengurusan bencana.

“Penglibatan komuniti setempat dalam pasukan ini penting kerana mereka lebih memahami bentuk muka bumi serta lokasi yang terlibat dengan bencana,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori