BARANGKALI inilah dia hadiah perkahwinan paling unik dan rare!
Meskipun kelihatan lucu, namun hadiah berupa tong gas yang diterima oleh pasangan pengantin yang dikenali sebagai Phill dan Nor ini menarik hati kami.
Mana tidaknya, hadiah yang langsung tidak terfikir dek akal ini sememangnya sangat praktikal dan berguna kepada pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Selain menjadi komponen penting untuk memasak, tong gas ini juga boleh dijadikan hiasan rumah kerana si pemberi bijak melakar lukisan kartun wajah pengantin pada badan tong gas ini.
Tambahan pula, hadiah unik ini tidaklah memakan belanja yang mahal meskipun amat unik.
Senang cakap, siapa yang tak suka dapat hadiah seistimewa ini kan? – MYNEWSHUB .CC