Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Najib Kunjungi Pameran Kenangan...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan pameran khas bagi...

Akhirnya, Murtaza Terima Hadiah...

AKHIRNYA, kanak-kanak lelaki Aghanistan yang memakai baju beg plastik ala-ala Lionel Messi, berjaya...

Polis Tahan 2 Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam...

Bergambar Dengan Mayat, Penggali...

KETERUJAAN melihat mayat bapa saudara yang ditanam kira-kira 23 tahun lalu bertukar menjadi mumia,...

FAMA Pahang Agih 28,000 Produk Makanan Kepada Mangsa Banjir

KUANTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang akan mengagihkan 28,000 produk makanan kepada semua 657 pusat pemindahan banjir di negeri ini, sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

Pegawai Pusat Operasi FAMA daerah Kuantan, Shabuddin Mohd Nor berkata kit makanan berharga RM70 bagi setiap keluarga itu dibeli dengan peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Bantuan ini bagi memastikan mangsa banjir tidak berdepan masalah dalam soal makanan ketika berada di pusat pemindahan terutama di peringkat awal pusat pemindahan dibuka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum itu, Shabuddin memantau proses penyediaan dan penghantaran kit makanan permulaan di pejabat FAMA Pahang di sini, hari ini.

Ketetapan juga dicapai bahawa ketua keluarga sahaja yang boleh mengambil bantuan makanan itu mengandungi 16 jenis makanan seperti bubur segera, sambal ikan bilis, bijirin oat segera dan mi segera, katanya.


Beliau berkata pada fasa pertama, sebanyak 17,000 kotak atau kit makanan yang disediakan di setiap pejabat FAMA daerah, akan dihantar ke pusat pemindahan selepas menerima arahan daripada JKM kerana agihan dilakukan pegawai agensi itu.

Shabuddin berkata kit bekalan makanan permulaan itu telah diagihkan kepada mangsa banjir di Lipis dan Raub, baru-baru ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori