Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

PLUS Laksana Transaksi Tol...

KUALA LUMPUR : Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan...

2 Parah, Bas Rombongan...

BENTONG - Dua penumpang parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan...

PKR Desak Kerajaan Benarkan...

KUALA LUMPUR - Bakal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

UEC Diiktiraf Bagi Peperiksaan...

KUALA LUMPUR – Nampaknya usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semakin berhasil...

Eksesais Paradise TUDM Tamat Dengan Jaya

LABUAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menamatkan Eksesais Paradise 2/2015 selepas 12 hari latihan di ruang udara Sabah, Labuan dan sekitarnya tanpa sebarang insiden.

Eksesais tersebut melibatkan beberapa latihan termasuk serangan terjunan para, pengisian bahan bakar di udara, operasi helikopter, penyisipan trup operasi khas dan prosedur penurunan bersama pasukan media.

Pada majlis penutupan di pangkalan TUDM Labuan di Membidai di sini Komander Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata eksesais tersebut merupakan sebahagian daripada usaha latihan bersepadu untuk semua aset dan perkhidmatan.

“Eksesais ini imperatif kepada TUDM kerana ia merupakan platform terbaik menguji dan meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan TUDM dalam mempertahankan dan mengekalkan kedaulatan ruang udara negara secara berkesan dan cekap,” jelasnya.

Beliau berkata Labuan dipilih untuk latihan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan tahap pertahanan dan memelihara keselamatan negara.

Pesawat TUDM yang terlibat dalam eksesais termasuklah F/A-18D Hornet, Su-30MKM dan jet pejuang Hawk 108/208, pesawat pengangkut C130H, KC130 dan CN235 serta helikopter EC725 dan Nuri.


“Kita bersyukur eksesais ini dijayakan tanpa sebarang kecederaan sepanjang tempoh latihan. Melalui latihan ini kita mampu menilai keupayaan pertahanan, kesiapsiagaan tempur dan keberkesanan pelan kecemasan dan menilai komunikasi, kawalan dan perintah,” kata Ackbal.

Beliau berkata kerajaan juga telah menyediakan pelan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan di Labuan bagi menghadapi ancaman ruang udara.

“Ini merupakan faktor utama kerajaan menempatkan satu skuadron jet pejuang di pangkalan udara Labuan dan menubuhkan pusat bantuan operasi udara di Tawau dan Sandakan tidak lama lagi.

Sejumlah 58 anggota media tempatan dan kebangsaan termasuk para blogger terlibat dalam Hari Media selama dua hari bersama Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) di pangkalan udara Labuan di sini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MhIwrm5CmUQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • TUDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori