• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi ASEAN Tumbuh 5.6 Peratus Setahun Hingga 2019

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ASEAN dijangka mencatat keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan pada purata 5.6 peratus hingga 2019, susulan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Berdasarkan cadangan pelaksanaan AEC, saya yakin kemasukan pelaburan langsung asing akan terus meningkat dengan baik pada masa akan datang,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2015, di sini hari ini.

Najib turut memuji ASEAN yang mencatat pertumbuhan ekonomi yang konsisten sepanjang dekad lepas.

“Saya yakin kita mampu mengekalkan peluasan ekonomi masing-masing, menyediakan kemakmuran dan meningkatkan taraf hidup rakyat jelata.

“Untuk itu, kita perlukan pelaburan asing selain pelaburan ASEAN,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata sebagai destinasi yang menarik kepada perniagaan dan pelabur, ASEAN akan mewujudkan peluang ekonomi serta pekerjaan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan taraf hidup untuk semua di ASEAN,” katanya.

Tahun lepas, Perdana Menteri berkata FDI ASEAN, secara kolektif, berjumlah US$136 bilion, lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (US) dan China.

Beliau berkata Kesatuan Eropah terus menjadi pelabur utama di ASEAN, menyumbang 21.5 peratus, diikuti Jepun (9.8 peratus) dan US (9.6 peratus).

Najib juga menegaskan mengenai pentingnya kerjasama awam-swasta dan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi.

“Andai kita mahu membuka potensi sepenuhnya dan mewujudkan lebih banyak kekayaan, sektor swastalah yang akan menjadi tenaga pemacunya, dan kami sebagai pemimpin politik, mesti memperakuinya, (dan yakin) terhadap kerjasama pintar,” kata Najib.

Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi komitmen beliau untuk melaksanakan cadangan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC), yang beliau anggap boleh dilaksanakan dan menyokong komuniti perniagaan di rantau ini.

Najib berkata antara cadangan ABAC ialah kad perjalanan ASEAN dan laluan perjalanan ASEAN bagi memudahkan pergerakan penumpang ASEAN di lapangan terbang di rantau ini.

“Saya akan memperjuangkan apa yang anda (ABAC) bincangkan.

“Bagi saya inilah peringkat perjalanan kita seterusnya. Dan apabila kita istiharkan diri kita satu komuniti, perlulah ada perasaan itu dalam jiwa kita, jiwa ASEAN,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MaNZZwV2XdQ[/wpdevart_youtube]

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd