• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat: Pakatan Harapan Akan Cari Anggota Lain Ganti Tony Pua

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan menamakan seorang anggotanya bagi menggantikan Tony Pua untuk berdebat secara terbuka dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Ketua Whip DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan perkara itu selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan bahawa anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai anggota PAC sekiranya berhasrat untuk meneruskan debat terbuka dengan Arul Kanda.

“DAP tidak akan membenarkan Tony Pua meletakkan jawatan beliau sebagai anggota PAC sebaliknya kami akan berbincang di antara kami untuk mewakilkan seorang daripada wakil kami untuk berdebat secara langsung dengan Arul Kanda (bagi menggantikan Pua),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Loke keputusan Pandikar Amin itu tidak akan terpakai sekiranya wakil yang berdebat mengenai isu 1MDB itu bukanlah seorang anggota PAC.

Dalam persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, Pandikar Amin menegaskan sekiranya Pua tidak mahu melepaskan jawatannya dalam PAC, beliau tidak boleh terlibat sama sekali dengan siasatan 1MDB yang sedang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Pada masa sama, Arul Kanda yang merupakan saksi utama, juga harus tidak terlibat dalam penyiasatan PAC, menurut Pandikar Amin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini menyarankan debat berhubung 1MDB itu diadakan di Studio 1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa penonton dan disiarkan secara langsung bermula 9 malam pada Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: 1MDBDAPdebatPAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd