Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Misi Flotilla Dijangka Tiba...

PELABUHAN KLANG - Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan 'Flotilla For...

2 Atlet Karate Negara...

KUALA LUMPUR - Karate tampak bakal melepasi sasaran enam pingat emas yang diintai...

26 Mei Tarikh Melihat...

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk...

Kit Siang Gembira Pelajar...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah memuji tindakan ratusan pelajar...

DAP Pecat Semua Ahli PAS Daripada JKKK Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan sudah pun berjaya memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, laporan kononnya sekumpulan ahli PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas meletak jawatan seperti didakwa adalah palsu kerana mereka sebaliknya telah habis dipecat sebelum ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pembuangan semua ahli parti Islam tersebut daripada menganggotai JKKK sama ada kekosongan mereka akan diisi wakil Parti Amanah Negara (PAN) yang pro-DAP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd. Rashid Hasnor berkata, pemecatan drastik berkenaan meliputi semua ahli Pas sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Ini menimbulkan tanda tanya kemungkinan besar ahli PAS di daerah Timur Laut dan Barat Daya di bahagian pulau telah khianat kepada parti itu dengan menyertai PAN atau berpaling tadah menjadi ahli PKR atau DAP.

Kerajaan negeri ujar Mohd. Rashid, bagaimanapun dijangka membuat semakan teliti sama ada ahli-ahli PAS ini benar-benar menyokong gabungan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan atau adalah sebaliknya.

Mereka yang didapati masih lagi tegar menyokong PAS kemudian telah diberi surat pemecatan seperti yang berlaku di Kepala Batas, katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Sebelum ini Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Bukhori Ghazali mengumumkan semua ahli PAS menarik diri daripada memegang jawatan JKKK dalam kawasan Parlimen tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa sebab, antaranya PAS bukan lagi dalam kepimpinan kerajaan Pulau Pinang selepas Guan Eng mengumumkan pentadbiran negeri tersebut sebagai Kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi DAP, mereka dilihat seolah-olah mahu menjatuhkan maruah PAS sehabis-habisnya apabila tampil membuat kenyataan terbuka bahawa kumpulan JKKK PAS ini sebenarnya dipecat dan bukannnya meletakkan jawatan.

Mereka langsung enggan memberi ‘muka’ kepada PAS yang pernah bekerjasama erat dengan DAP sehingga berjaya menumbangkan pemerintahan BN Pulau Pinang sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu.

Mungkin DAP sudah lupa jasa PAS bahawa ketika PRU pada 2013, semua calon DAP pergi ke pusat penamaan calon dengan dua surat watikah – satu yang ditandatangani oleh DAP dan satu lagi ditandatangani oleh PAS.


Ini kerana DAP sendiri tidak pasti sama ada surat watikah DAP sebagai sah memandangkan ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, yang tidak dilantik secara sah dalam pemilihan parti yang diisytiharkan dibatalkan.

Untuk rekod, pada Disember 2012, pemilihan jawatan dalam DAP telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana melibatkan kehadiran ratusan perwakilan pengundi haram.

Maka pada April 2013, sebulan sebelum PRU ke-13, DAP telah diberitahu oleh RoS untuk memperbetulkan semula masalah tersebut dengan mengadakan kembali Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan parti sekali lagi.

Namun jasa PAS ini tidak membawa sebarang makna kepada DAP. ‘Hati kering’ DAP langsung tidak memberi sebarang ruang simpati kepada PAS. Dalam hal ini PAS sepatutnya dapat menilai hati budi DAP yang sebenarnya.

Berbalik kepada JKKK di Pulau Pinang, menurut kerajaan DAP, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing.

Hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur, manakala kekosongan jawatan mereka itu akan segera digantikan dengan mana-mana ahli PAN di Pulau Pinang.

Ini sebenarnya memang merupakan langkah terbaik apatah lagi PAS tidak lagi berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan. Namun sekali imbas rakyat masih lagi menilai PAS sebagai pihak yang memang ‘gila’ tamakkan kuasa.

Lihatlah apa berlaku di Selangor apabila wakil PAS enggan melepaskan kedudukan dalam kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan lebih lawak, menganggap Pakatan Rakyat yang sudah berkubur itu sebagai masih wujud!

Adakah mereka menunggu untuk dipecat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang? Adakah masih belum cukup PAS dimalukan oleh DAP sebelum ini? Berundurlah sementara masih lagi ada sedikit maruah yang boleh dibawa.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori