Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

iPhone Bakal Guna Kabel...

PASTI ada dalam kalangan anda yang pernah berhadapan dengan situasi tertinggal kabel pengecas...

Pelayan Wanita Berseluar Dalam...

PASTI ramai yang teruja melihat sebuah kafe yang dipenuhi dengan pelayan-pelayan wanita seksi...

Pengasas PM Singapura Lee...

SINGAPURA - Pengasas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia hari ini...

Penantian Filem Tombiruo, Ramlee...

BERDEBAR-DEBAR rasanya menantikan tarikh 12 Oktober bagi menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu tahun ini,...

DAP Mahu Tukar Rizab Melayu, Nama Tempat Kepada Cina

BIADAP dan kurang ajar! Nampaknya DAP Selangor mahu kerajaan negeri menukar nama sebuah perkampungan nelayan Cina, Bagan Nakhoda Omar kepada nama Cina, dengan alasan konon ia didiami 100 peratus orang Cina.

Bukan itu sahaja malah Timbalan Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dengan angkuh turut meminta status warta Tanah Rizab Melayu di kawasan Bagan Nakhoda Omar dibatalkan langsung.

“Bagan Nakhoda Omar diduduki 100 peratus nelayan Cina puluhan tahun, tetapi statusnya masih lagi Tanah Rizab Melayu. Usaha untuk menukar sudah dilakukan bertahun-tahun, tetapi sampai sekarang tiada jawapan.

“Kalau boleh esok kita berjaya tukar dan warta ini dibatalkan, ini kerana Bagan Nakhoda Omar terletak di daerah Sabak Bernam itu diduduki 100 peratus oleh masyarakat kaum Cina, jadi nama dia pun kenalah tukar.

“Kita kena tulis misalnya Bagan Nakhoda Chong, nama Omar itu tidak payah, sebab nanti kita akan ingat Noh Omar (Ahli Parlimen BN Tanjong Karang). Seperti bunyinya lebih kurang Bagan Nakhoda Noh Omar pula macam tu.

Baca: Pusat Penyelidikan PAS Dedah Rahsia Jahat DAP!

Juga: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

“Jadi, Bagan Nakhoda Omar ini kita tukar contohnya Bagan Nakhoda Chong itu adalah lebih baiklah,” kata wakil rakyat DAP kawasan berkenaan ketika berbahas pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Khamis.


Tindakan biadapnya itu bagaimanapun ditegur oleh ADUN BN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak yang menyifatkan kenyataan ADUN Sekinchan tersebut sebagai sangat rasis dan berbaur perkauman ekstrem.

“YB Sekinchan (Suee Lim) kuat sangat rasisnya. Kalau boleh, jangan kuat sangat sampai nama pun nak jadi isu. Nama tu dah lama dah. Tidak profesionallah. Ia bukan Bagan Noh Omar tapi Bagan Nakhoda Omar,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika mengulas perkara itu berkata, kerajaan negeri akan membuat semakan terlebih dahulu dengan Pejabat Tanah dan Galian berhubung status kawasan tersebut.

“Kita boleh batalkan dan ganti tapak lain dengan nilai yang sama. Pastinya kita nak tengok susun atur bangunan, kampung sedia ada, supaya masalah keselamatan, kesejahteraan rakyat dapat diambil kira,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori