• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Bimbang Agenda Islamisasi – PAS

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa DAP sebenarnya terlampau bimbang dengan agenda Islamisasi yang cuba dibawa oleh parti itu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerisauan itu menyebabkan DAP mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memecat wakil PAS dalam kerajaan Selangor dengan segera.

“Di pihak PAS, kita telah merasai perit pedihnya bermuamalat dengan DAP. DAP lebih kelihatan sebagai sebuah parti yang degil dan keras kepala,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Fadhli turut menyifatkan desakan DAP supaya memecat wakil PAS itu satu lagi bukti bahawa DAP ingin menjadi ketua dalam blok pembangkang.

“Ia juga bakal memberikan petunjuk sikap dan gaya kepimpinan yang akan dibawa oleh DAP sekiranya mereka diberikan mandat yang besar oleh pengundi dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau turut menyelar parti DAP kerana mendesak wakil PAS yang dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diusir daripada kerajaan Selangor

Sehubungan itu, katanya, DAP sebenarnya telah bertindak seperti `Mr. Arrogant’ apabila membuat arahan dan ugutan kepada seorang Menteri Besar Selangor.

Beliau turut mengkritik pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membiarkan seorang Menteri Besar merangkap Timbalan Presiden PKR diserang dengan ugutan sedemikian rupa oleh DAP tanpa sebarang kenyataan balas daripada pendokong parti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd