Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri Dedah Kisah...

SEMALAM, sebuah rakaman video tular di media sosial menyaksikan kemelut keluarga antara bekas...

SPRM Tahan Semula 2...

KOTA KINABALU - Dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah projek...

Penderma Misteri Serahkan Barangan...

LONDON - Seorang penderma misteri telah menyerahkan barang berjenama dianggarkan yang bernilai £500,000...

Pendaftaran GST Melepasi Sasaran...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Curi Tengkorak Untuk Dibuat Ubat Sakit Mental

BEIJING – Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum dikisar menjadi serbuk bagi dijadikan ubat untuk anaknya yang sakit mental.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Fu dipercayai menggali beberapa kubur di sebuah kampung di daerah Jinxian di wilayah Jiangxi sejak Julai lalu.

Fu yang berusia 40-an dilaporkan mengambil tengkorak wanita yang mati 30 tahun hingga 100 tahun.

Misteri kehilangan tengkorak di tanah perkuburan itu akhirnya terungkai apabila penduduk kampung ternampak Fu membawa guni pada minggu lalu.

Penduduk yang mengesyaki sesuatu yang mencurigakan menghubungi polis yang kemudian menahan Fu.

Ketika pemeriksaan polis menemui tengkorak dalam guni yang dibawa Fu dan lelaki itu mengaku mencuri tengkorak di kubur berkenaan.


Fu berkata, pengamal perubatan tradisional memberitahunya, penyakit mental anaknya boleh diubati dengan meminum air serbuk tengkorak wanita.

“Saya hanya mengambil tengkorak wanita kerana diberitahu ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit anak saya,” katanya.

Fu mengakui keadaan anaknya tidak berubah walaupun meminum air serbuk tengkorak berkenaan beberapa kali. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori