• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Perlu Kekalkan Prestasi – Khairy

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain utama badminton negara, Datuk Lee Chong Wei perlu mengekalkan prestasi terbaik agar dapat memberi saingan lebih hebat jika beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.

Mengulas mengenai kejayaan Chong Wei menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan di separuh akhir Siri Super Premier Terbuka China hari ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemain utama negara itu masih mempunyai keupayaan untuk memberi saingan.

“Cabaran Chong Wei diharap tidak terhenti di situ sahaja, beliau akan bertemu Chen Long pula selepas ini. Bagaimanapun, Chong Wei membuktikan beliau masih lagi mempunyai keupayaan menewaskan Lin Dan.

“Cuma saya berharap, beliau dapat kekalkan tahap permainan dan tingkatkan lagi prestasi sebelum ke Sukan Olimpik yang akan menjadi cabaran utama baginya,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, maskot dan tema temasya Sukan SEA ke-29 di sini malam tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan rentetan lima kekalahan kepada Lin Dan, untuk melangkah ke perlawanan akhir Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou, dengan kemenangan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi selama 92 minit.

Chong Wei, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, akan berdepan satu lagi tugas berat apabila juara dunia, Chen Long menantinya di final. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd