• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Masih Belum Disenarai Pendek

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menerima laporan dari panel pemilihan khas berhubung senarai pendek calon untuk jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata panel pemilihan khas itu masih belum mengadakan sebarang mesyuarat berhubung pemilihan tersebut.

“Senarai pendek calon untuk pemilihan jawatan tersebut masih belum ada. Saya ada dengar bisikan yang mengatakan, lambat sikit tapi ia akan diumumkan sebelum masuk tahun baharu.

“Apa yang boleh saya kaji balik ialah macam mana nak pendekkan masa pemilihan tersebut. Itu kita akan jumpa orang pengurusan dalam jawatankuasa dan jabatan teknikal untuk mempercepatkan proses pemilihan,” katanya selepas merasmikan bengkel Hala Tuju Bola Sepak Malaysia, hari ini.

Bengkel anjuran Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) di Wisma FAM itu dihadiri lebih 30 jurulatih tempatan dari seluruh negera.

Abdul Mokhtar berkata panel pemilihan khas akan menilai latar belakang 15 calon yang memohon jawatan itu sebelum menyerahkan hasil penilaian kepada jawatankuasa tersebut dan keputusan akhir akan dilakukan oleh pihak FAM.

Panel pemilihan khas itu terdiri daripada enam individu termasuk tiga wakil Majlis Sukan Negara (MSN), timbalan pengerusi jawatankuasa pasukan petugas Datuk Mohd Junid Mohd Noor, bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan dan Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid.

Media sebelum ini melaporkan jawatan ketua jurulatih kebangsaan yang kini disandang sementara oleh ketua jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee akan diketahui pada 30 Okt lepas.

Kim Swee dilantik oleh FAM bagi mengendalikan sementara skuad Harimau Malaya bagi baki lima perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bermula dengan perlawanan keempat menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 Sept lepas.

Jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya kosong setelah Dollah Salleh meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan di Abu Dhabi, UAE, 3 Sept lepas. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd