• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Mungkin Sebab Pesawat Rusia Terhempas Di Mesir?

oleh
07/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Amerika Syarikat (AS) dan Britain menyatakan letupan bom mungkin punca sebuah pesawat Rusia terhempas di Mesir, manakala kumpulan militan IS berkeras mendakwa ia bertanggungjawab atas nahas itu.

“Letupan bom adalah satu kemungkinan besar. Ia sesuatu yang ISIL (nama alternatif rujukan untuk IS) sendiri mahu lakukan,” kata seorang pegawai AS yang enggan dirinya didedahkan kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Jika disahkan, ia merupakan serangan bom IS yang pertama ke atas pesawat awam. Pada 31 Oktober lalu, sebuah pesawat Rusia terhempas di Semenanjung Sinai, mengorbankan kesemua 224 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan 9268 melibatkan pesawat jenis Airbus A321 milik syarikat Rusia, Kogalymavia Airlines itu dalam perjalanan dari Sharm el-Sheikh ke St. Petersburg dilaporkan terhempas 23 minit setelah baharu berlepas.

Pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di London sebelum ini menyatakan: “sedang lebih banyak maklumat didedahkan, kami prihatin bahawa pesawat itu mungkin terhempas akibat satu alat letupan.“

Susulan laporan tersebut, kerajaan Britain sudah menggantung semua penerbangan komersial dari dan menuju ke tempat peranginan popular Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Sinai, tempat pesawat malang Rusia itu berlepas.

Negara Eropah berkenaan juga menasihati semua rakyatnya supaya mengelak daripada membuat sebarang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan kapal terbang ke sana, kecuali sekiranya amat perlu sahaja.

Baca: Pesawat Rusia Bawa 224 Orang Terhempas Di Mesir

Sementara itu, para penyiasat berkata, mereka sudah berjaya mendapatkan maklumat daripada salah satu kotak hitam pesawat berkenaan untuk dikaji, namun data daripada satu lagi kotak hitam itu didapati telah pun rosak.

Pihak berkuasa penerbangan Ireland turut mengarahkan syarikat penerbangan mereka supaya tidak membuat perjalanan ke Sharm el-Sheikh atau melintasi ruang udara Semenanjung Sinai, susulan pengumuman Britain itu.

Syarikat penerbangan Perancis, Air France selain Lufthansa Jerman sudahpun memutuskan untuk tidak terbang di ruang udara Semenanjung Sinai sebagai langkah berjaga-jaga sementara proses siasatan masih lagi dijalankan.

Bagaimanapun Rusia dan Mesir ironi tetap ragu dengan dakwaan IS konon ia boleh menyebabkan nahas pesawat tersebut tetapi, para pegawai berkata mereka tetap tidak dapat menolak sebarang kemungkinan teori pengganas.

Dalam satu kenyataan terbaharu, IS sekali lagi berkeras ia bertanggungjawab atas nahas pesawat Rusia itu, dan mencabar pihak yang ragu-ragu dengan dakwaannya supaya membuktikan tuduhan itu sebagai sebaliknya.

“Buktikan kami tidak bertanggungjawab atas nahas itu, buktikan bagaimana ia terhempas. Kami akan jelaskan perincian bagaimana kami menyebabkannya terhempas pada waktu yang kami tentukan,” menurut kenyataan IS. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pesawatRusiaSinai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd