• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Hidap Paru-Paru Kronik Perlu Bantuan

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang dilahirkan pramatang memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan penyakit paru-paru.

Nur Uzma Hanani Hasrolnizam dari Kampung Sempang Pantai, Merlimau dikesan menghidap peparu kronik ketika berusia tujuh bulan dalam kandungan.

Bapanya Hasrolnizam Haron, 28, berkata anak pertamanya itu memerlukan suntikan Palivizumab berharga RM4,000 setiap suntikan dan memerlukan sebanyak lima kali suntikan bagi mencegah jangkitan kuman dalam paru-paru.

“Uzma perlu disuntik sekali sebulan untuk lima bulan dan suntikan ini diperlukan segera. Namun kos rawatan itu amat mahal yang di luar kemampuan keluarga kami,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pembela Barisan Nasional Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata anaknya terpaksa ditempatkan dalam inkubator di Hospital Muar, Johor selama tiga bulan selepas dilahirkan disebabkan masalah pernafasan dan juga peparu yang lemah.

Hasrolnizam berkata anaknya dilahirkan pramatang di Hospital Muar pada 1 Ogos lepas dengan berat 0.65 kilogram.

Beliau berkata selain penyakit paru-paru kronik, anaknya juga menghidap penyakit jantung berlubang dan saraf mata.

“Uzma juga telah menjalani pembedahan saraf mata baru-baru ini disebabkan kelahiran pramatangnya di Hospital Muar,” katanya.

Menurut beliau anaknya itu perlu menjalani pemeriksaan lanjut dua minggu sekali bagi memastikan pernafasan dan juga keadaan kesihatan anaknya itu stabil.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank milik Hasrolnizam Haron (154026795992) atau menghubunginya di talian 012-2986414. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd