• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank M’sia Kurang Berkompromi Dengan Penghutang – 4PM

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menyeru bank-bank di Malaysia supaya lebih berkompromi dengan pelanggan mereka yang menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang.

Presidennya, Rosland Mohd. Arif berkata, terdapat bank dalam negara terlalu tegas dengan peminjam yang berhadapan dengan situasi itu hingga menyebabkan kedua-dua pihak tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya.

“Ada bank lebih gemar memufliskan atau melelong harta peminjam walaupun tindakan itu tidak memberi lebih keuntungan berbanding berkompromi dengan peminjam untuk mendapatkan penyelesaian menang-menang.

“Perkara seperti ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik jika pihak bank lebih prihatin dan mendengar keluhan serta rayuan daripada peminjam-peminjam yang menghadapi masalah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland memberi satu contoh kes yang diadukan kepada 4PM melibatkan seorang peminjam menghadapi masalah hutang rumah tertunggak selama 12 bulan dengan sebuah bank akibat menghadapi masalah kewangan.

Menurut beliau, peminjam itu berkali-kali merayu kepada pihak bank supaya membenarkan dia membayar separuh daripada hutang tertunggak berkenaan untuk mengelakkan rumahnya dilelong.

Kata beliau, bank bagaimanapun enggan menerima bayaran tersebut sebaliknya menuntut bayaran penuh hutang tertunggak hingga menyebabkan peminjam menjadi bingung dan kehidupannya semakin terjejas.

Jelas Rosland, jika pihak bank berkompromi dalam hal tersebut maka rumah mangsa terselamat daripada dilelong manakala pihak bank akan mendapat separuh daripada jumlah hutang tertunggak sebelum peminjam meneruskan bayaran yang seterusnya.

“4PM sedang berusaha menyelesaikan kes ini dengan pihak bank dan setakat ini kami mendapat reaksi yang positif daripada bank berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155/1700-818-707 atau melayari laman web www.ppppmalaysia.weebly.com. - MYNEWSHUB.CC

Tags: BankHutang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd