• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis meminta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya untuk direkodkan keterangan berhubung penglibatan dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lepas, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

“Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah.

“Maknanya, polis telah memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal tanpa menunggu notis dikeluarkan,” katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis yang meminta anaknya hadir memberikan keterangan di balai polis walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir tahun.

Tajuddin ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas pengurusan bencana negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) WPKL di sini Isnin.

Menurut notis tersebut, anak Mohamed Azmin dikehendaki hadir 10 pagi hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Tajuddin berkata berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial Twitternya memuat naik status menyatakan anak lelakinya itu dipanggil polis bagi direkodkan keterangan hari ini kerana terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.

Mohamed Azmin juga dilaporkan berkata bahawa anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis. – BERNAMA

Tags: Azmin Alipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd