Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Tanah: 2 Anak...

DUA anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menfailkan saman terhadap...

Najib Lancar Infrastruktur Kewangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

ROS Beri Tempoh 30...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberi tempoh 30 hari bagi...

Perkasakan Koperasi Dalam Sektor...

TANAH MERAH - Sektor koperasi di seluruh negara akan diperkasakan dalam bidang peruncitan...

ATM Siap Siaga Hadapi Musim Banjir – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bersiap siaga sepenuhnya mengerah anggota serta menggerakkan aset angkatan itu bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya juga menubuhkan Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana dan mengaktifkan ‘war-room’ (bilik gerakan) bagi tujuan pemantauan sepanjang musim tengkujuh.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat untuk memudahkan kita menyalurkan bantuan banjir dengan berkesan dan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“‘War Room’ diaktifkan pada 16 Nov lepas bertindak sebagai Bilik Gerakan Bencana Kementerian Pertahanan (Mindef) yang memantau situasi banjir di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persiapan banjir Mindef di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata ATM akan mengerahkan 1,572 pegawai, 27,021 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta menggerakkan 1,487 aset untuk menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

“Aset ini meliputi 358 bot, 852 trak tiga tan, 25 trak tujuh tan, 118 ambulans, masing-masing sebuah pesawat CN 235 dan C130, sembilan helikopter, 12 kapal laut, lapan Bot tempur TLDM jenis CB90, dua set Compact 100 Bridge, 22 set Floatable Platform serta 79 Dapur Medan,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin berkata pihaknya turut menyediakan pusat pengumpulan sumbangan kepada mangsa banjir dan setakat ini sebuah pusat pengumpulan dibuka di Depoh Simpanan Pertahanan, Sungai Buloh.


Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata 51 kem Program Latihan Khidmat Negara dikenal pasti di beberapa negeri yang sering dilanda banjir terutamanya di Pantai Timur untuk dijadikan penempatan sementara mangsa banjir.

“Setiap kem boleh menampung seramai 400 mangsa banjir dan jumlah keseluruhan boleh menempatkan seramai 20,400 orang,” katanya.

Beliau berkata anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara, Veteran ATM, Kelab Kakitangan Awam Mindef, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia serta penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan ditugaskan untuk membantu mangsa banjir kali ini.

“Sehingga hari ini seramai 188 sukarelawan telah berdaftar sebagai sukarelawan 1MinDef Care,” katanya.

Hishammuddin berkata beliau akan memastikan kementerian dan semua agensinya terus komited bersama agensi lain membantu negara menghadapi situasi musim tengkujuh selain bekerjasama membantu rakyat menghadapi bencana alam itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori