• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Perlu Pastikan Keselamatan Maklumat Kritikal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua anggota ASEAN perlu memastikan keselamatan prasarana maklumat kritikal mereka dan saling bekerjasama bagi meneutralkan dan menundukkan ancaman jenayah siber.

Jelas beliau jenayah siber bukan sekadar mengancam ekonomi tetapi juga aspek ketenteraan dan masyarakat, justeru ASEAN tidak boleh bersikap sambil lewa terhadap isu ini.

“Penjenayah siber tidak peduli akan sempadan negara, justeru amat penting bagi negara anggota ASEAN bertindak balas terhadap tindakan mereka – malah niat mereka – secara bersama-sama,” kata Najib dalam jawapan bertulis kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh Bernama bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, hari ini.

Berdasarkan laporan Intel Security dan Center for Strategic and International Studies pada 2014, jenayah siber menyebabkan ekonomi global kerugian US$575 bilion setahun, bersamaan 0.8 peratus daripada ekonomi global.

Ini kata Najib menunjukkan jenayah siber merupakan ancaman yang semakin meningkat kepada negara, syarikat dan juga individu di seluruh dunia.

“Saya pernah memberi amaran tentang perkara ini dahulu dan (saya) percaya kesedaran semakin meningkat dalam kalangan ASEAN bahawa kita perlu mengambil langkah meneutralkan ancaman ini. Saya yakin kita menuju ke arah yang betul,” katanya.

Sebagai langkah pertama, Pelan Induk ICT ASEAN 2015 memberi penekanan khusus berhubung menggalakkan integriti rangkaian dan keselamatan maklumat yang akan menyumbang kepada keseluruhan keadaan kesediaan keselamatan siber dalam kalangan negara anggota.

Dalam satu pemukiman baru-baru ini, Menteri-menteri Pertahanan ASEAN mempertimbangkan penubuhan Kumpulan Kerja Pakar dalam format Campur mengenai keselamatan siber selepas masing-masing berkongsi kebimbangan berhubung peningkatan ancaman jenayah siber.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]pF76fGqvIzk[/wpdevart_youtube]

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd