• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Taiwan Buat Kereta Dengan 25,000 Telefon Bimbit

oleh
06/11/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Pernahkah anda tertanya-tanya apa mungkin berlaku kepada telefon bimbit yang dibuang? Di Taiwan, seorang artis tempatan dilaporkan memberi sentuhan kreatif hingga terhasilnya karya seni moden.

Menurut akhbar Taipei Times, Lin Shih-Pao menghabiskan masa selama empat bulan untuk menyiapkan projek luar biasa – sebuah kereta lumba diperbuat daripada 25,000 unit telefon bimbit yang dibuang oleh pemiliknya.

Projek tersebut kata artis berusia 53 tahun itu, bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai alam sekitar bagi menunjukkan bagaimana timbunan sampah boleh dikitar semula dan ditukar menjadi karya seni yang menarik.

C818C0063H_2015資料照片_N71_copy1

Karya unik Shih-Pao dikenali di seluruh dunia sebelum ini, antaranya The Gate of Wisdom yang memaparkan gerbang diperbuat daripada 300,000 batang pen hasil derma masyarakat menerusi pameran di Jepun pada 2005.

Juga karya seni bertajuk The Pink yang merupakan sebuah kereta diperbuat daripada ribuan sarung tangan getah dikumpul daripada derma buruh kasar sempena dedikasi kepada perjuangan gigih petani Taiwan baru-baru ini.

Graduan diploma seni dari Universiti Nagoya di Jepun dan Universiti New York di Amerika Syarikat (AS) itu membelanjakan AS$30,000 (kira-kira RM128,000) sejak empat tahun lalu mencari ribuan telefon bimbit lama.

shih pao

Beliau sanggup mengutip gajet usang yang dibuang di merata dunia dan mujur menerima bantuan sejumlah 20,000 unit telefon buruk tersebut hasil sumbangan daripada pihak Yayasan Crystal yang berpangkalan di AS.

Kesemua telefon terbabit kemudian dikumpulkan di dewan Nanshan Senior High School di ibu kota Taiwan, Taipei sebelum dilekatkan ke rangka kayu dalam bentuk sebuah kereta dengan menggunakan paku dan gam.

Shih-Pao menamakan projek tersebut sebagai F1 Zan Che atau kereta lumba hijau F1 tetapi tidak merancang untuk menjual karyanya itu setelah dipamerkan kepada awam mulai 9 November ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: taiwantelefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

09/01/2025
0

TAIPEI : Taiwan dan China saling tuduh menuduh berhubung kerosakan kabel komunikasi dasar laut di luar pantai pulau itu, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd