• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 5 Pati Di Perairan Semporna

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina pada Jumaat lepas, kerana cuba memasuki negara ini secara haram.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Kapten Anor Jaafar berkata kesemua PATI yang berumur antara 23 hingga 28 tahun itu ditahan dalam sebuah bot pam di perairan Pulau Gaya, Semporna dekat sini.

“Anggota APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar lokasi berkenaan telah mengesan bot pam yang mencurigakan datang dari arah perairan negara jiran itu menuju ke perairan Semporna kira-kira pukul 11 malam.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan dan empat awak-awak, iaitu tiga wanita dan dua lelaki di atas bot pam berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah, katanya.

Sementara itu, beliau berkata APMM terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan untuk menyekat atau membanteras sebarang kemasukan PATI di negara ini, khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

“Sebarang kejadian kecemasan dan aktiviti jenayah maritim semasa berada di laut boleh dilaporkan dengan menghubungi di talian MERS 999 atau menghubungi pejabat operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMPatiSemporna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd