• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Ditawar Rawatan Pembedahan

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga pakar ortopedik termasuk yang dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mencadangkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjalani rawatan intensif fisioterapi.

Kementerian Kesihatan berkata, bagaimanapun ada cadangan daripada salah seorang pakar terbabit supaya Anwar menjalani pembedahan untuk merawat kesakitan pada bahu kanannya.

“Prosedur ini telah dijelaskan secara terperinci kepada Anwar dan keluarganya. Pembedahan ini adalah kaedah biasa digunakan untuk merawat keadaan yang sama di kebanyakan hospital kerajaan di Malaysia.

“Pilihan ini telah ditawarkan kira-kira empat minggu lalu dan panel masih menunggu keputusan yang dibuat oleh Anwar,” kata kenyataan itu hari ini.

PKR sebelum ini menuduh kerajaan gagal memberi rawatan sempurna kepada Anwar hingga menyebabkan bekas pemimpin pembangkang tersebut menderita sakit pada bahagian bahu kanan.

Kementerian Kesihatan menjelaskan, panel yang dlantik oleh kerajaan telah memberi rawatan secara profesional dan sesuai selaras dengan keadaan kesihatan Anwar.

Malah, kata kenyataan itu, tahap kesihatan Anwar dipantau oleh doktor di Penjara Sungai Buloh dan juga panel yang dilantik daripada konsultan kanan kerajaan.

Namun hasil pemeriksaan panel mendapati kecederaan pada bahu kanan berlaku semula jadi dan ia telah disahkan melalui proses pengimejan.

“Ahli fisioterapi memberi latihan yang perlu dilakukan Anwar setiap hari di penjara dengan peralatan yang disediakan,” kata kenyataan itu. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar Ibrahimpembedahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman, menuduh Malaysia “menghalau orang Yahudi” susulan ketegasan kerajaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd