• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjung Singgah Beri Nafas Baharu Kepada Gelandangan

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anjung Singgah telah membuka lembaran baharu bagi golongan gelandangan di sekitar bandar raya ini bagi mengubah nasib mereka menjadi masyarakat yang bekerjaya dan mampu menyara hidup sendiri.

Projek kemasyarakatan itu merupakan usaha murni Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan mewujudkan sebuah pusat rujukan sosial untuk golongan gelandangan mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan mencari pekerjaan yang ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Pegawai Eksekutif Unit Projek Khas YKN Ahmad Daniel Pui Abdul Rahim Pui berkata tujuan pusat itu diadakan adalah untuk memberi khidmat bantuan sosial dan menjadi laluan untuk golongan gelandangan membentuk hidup yang lebih sempurna, selain mengelakkan pertambahan jumlah gelandangan di bandar pulau mutiara itu.

“Terdapat lebih kurang 200 orang gelandangan di bandar ini yang tidak tahu ke mana arah yang harus dituju, jadi pusat ini bertindak sebagai tempat yang boleh dirujuk ataupun perantara untuk memudahkan golongan itu mendapatkan pekerjaan mengikut kesesuaian dan kelayakan yang mereka ada.

“Kita akan adakan sesi kaunseling bagi memperoleh maklumat latar belakang individu dan mengenal pasti minat dan keupayaan mereka sebagai panduan untuk dicarikan pekerjaan untuk mereka,” katanya kepada Bernama ketika lawatan KPWKM ke pusat itu malam tadi.

Anjung Singgah Pulau Pinang mula beroperasi Jun tahun lalu, merupakan pusat yang keempat dibuka oleh kementerian itu, selain di Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Seorang bekas gelandangan, Teow Siak Yam, 57, anak kelahiran Pulau Pinang yang hidup sebatang kara berkata kehidupan beliau kini semakin terjamin sejak dibantu pusat itu tahun lepas termasuk bantuan wang kebajikan bulanan.

“Nasib saya baik, Anjung Singgah dapatkan saya kerja dan majikan saya sekarang ini ada beri saya tempat tinggal,” katanya.

Mohd Shafie Mohd Isa, 40, berasal dari Pantai Remis, Perak pula berkata beliau amat berterima kasih kepada pihak Anjung Singgah yang telah memudahkan beliau mendapatkan sumber pendapatan tetap dan hidupnya kini lebih teratur.

“Kini saya bekerja di sebuah gudang pembekal bahan mentah dan pada waktu malam saya akan menarik beca membawa pelancong ke Padang Kota Lama sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Anjung Singgah merupakan satu daripada destinasi yang dipilih dalam Kembara Media KPWKM 2015 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam bagi memahami fungsi jabatan dan agensi kementerian itu kepada masyarakat dan memberi pendedahan bagaimana ianya beroperasi.

Antara destinasi lain yang dilawati adalah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Ulu Bertam, Sekolah Tunas Bakti kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai aktiviti riadah bagi merapatkan jurang antara jabatan serta mendekatkan diri bersama masyarakat. – BERNAMA

Tags: gelandanganJKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd