• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Bekas Ketua Pengganas Sulu Sokong Pembebasan Anwar

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta supaya isu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan mesra dengan anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III di Filipina tidak diperbesarkan.

Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Nurul Izzah bertemu dengan Jacel H Kiram kerana anak bekas ketua pengganas yang membunuh ramai anggota polis Malaysia dalam insiden Lahad Datu itu salah seorang pemimpin masyarakat di Filipina yang menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

“Beliau berada di Filipina untuk bertemu dengan beberapa pimpinan masyarakat yang mana ramai di antara mereka menyuarakan sokongan kepada Anwar yang dipenjarakan secara tidak adil.

“Malangnya, satu gambar ini (gambar Nurul Izzah dan Jacel memegang poster Bebaskan Anwar) telah digembar-gemburkan menjadi isu yang melampau sedangkan isu sebenarnya adalah berkenaan kebebasan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Anwar dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah oleh mahkamah telah meliwat bekas pembantunya tetapi DAP dan PKR menuduh hukuman yang dijatuhkan itu bermotifkan politik.

Justeru, Nik Nazmi menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja membangkitkan isu pertemuan mesra Nurul Izzah dan Jacel bagi mengalihkan perhatian daripada sokongan yang diterima untuk pembebasan Anwar.

Insiden Lahad Datu pada tahun 2013 menyaksikan ramai anggota keselamatan Malaysia dibunuh oleh pengganas kumpulan bersenjata Sulu.

Tindakan Nurul Izzah mengadakan pertemuan mesra dengan musuh negara itu baru-baru ini, dikecam ramai kerana dianggap satu perbuatan biadap dan tidak menghormati perasaan rakyat Sabah. - MYNEWSHUB.CC

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd