• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan Zakat Di Melaka Meningkat Kepada RM54.3 Juta

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mencatat peningkatan dalam agihan zakat kepada RM54.3 juta antara Januari hingga Oktober tahun ini berbanding RM37.7 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Yaakub Md Amin berkata berkata daripada jumlah itu asnaf fisabilillah mencatat agihan tertinggi iaitu RM20.5 juta manakala asnaf ibnu sabil terendah iaitu RM27,825.

Beliau berkata daripada jumlah itu juga RM15.86 juta diagih kepada asnaf miskin; amil (RM9.8 juta); muallaf (RM3.75 juta); fakir (RM2.2 juta); gharimin (RM1.72 juta); dan riqab (RM400,000).

“Kutipan zakat dibuat Pusat Zakat Melaka (PZM) juga meningkat kepada RM49.9 juta antara Januari hingga semalam berbanding RM43.1 juta dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Zakat Agensi Korporat di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga bilangan pembayar turut meningkat kepada 34,732 orang berbanding 31,286 orang tahun lepas.

Yaakub berkata zakat pendapatan merekodkan jumlah kutipan paling tinggi dengan peningkatan sebanyak 20.3 peratus kepada RM28.1 juta dalam tempoh sama tahun ini berbanding RM23.4 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata zakat perniagaan merupakan kutipan zakat harta kedua tertinggi pada tahun ini iaitu sebanyak RM10.1 juta berbanding RM9 juta pada tahun lepas dengan peningkatan bilangan pembayar seramai 53 orang berbanding 952 orang pada tahun lepas.

Katanya zakat pertanian pula merekodkan kutipan terendah iaitu berkurang sebanyak 24.5 peratus kepada RM57,513 pada tahun ini berbanding RM76,128.70 pada tahun lepas.

Pada majlis itu, lapan agensi korporat serta syarikat menyerahkan zakat korporat bagi tahun lepas dengan jumlah keseluruhan RM394,896.02 kepada PZM yang diwakili Yaakub.

Agensi dan syarikat tersebut ialah Koperasi Permodalan Felda (M) Bhd (RM108,450); RHB Islamic Bank Bhd (RM100,000); Fazil Shafie Associates Sdn Bhd (RM80,000); Elite Ventures Sdb Bhd (RM36,000); Bank Persatuan (M) Bhd (RM28,396.67); Koperasi Pekerja-Pekerja Melayu Melaka Bhd (RM22,049.35); Petro Mesra Pitstop (RM15,000) dan Stesen Minyak & Servis Seri Aduka (RM5,000). – BERNAMA

Tags: Zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd