• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Pengurusan Bencana Negara Siap Siaga Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) kini bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan khususnya bencana banjir besar sepanjang musim tengkujuh ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata APBN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini bersedia di semua peringkat negeri, daerah serta komuniti seperti kampung dan taman perumahan.

“Pada masa ini APBN mendapat maklumat beberapa jam sekali berhubung keadaan cuaca di Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana dengan angin monsun yang bertiup sekarang memungkinkan berlaku hujan lebat.

“Tapi sekarang hujan tidak lebat sebab (fenomena) El Nino dahsyat di lautan Pasifik, tapi ia melibatkan empat episod dan episod pertama selamat, harap tiga lagi episod kita selamat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Annuar Musa (BN-Keterah) yang mahu tahu tahap kesiapsiagaan APBN dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Terdahulu menjawab soalan asal Annuar, Shahidan memberitahu sehingga 28 Okt lepas, kerajaan Persekutuan akan membina 1,123 unit Rumah Kekal Baharu (RKB) di Kelantan, manakala kerajaan negeri (449 unit) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (187 unit).

“Sehingga kini 183 unit RKB dibina kerajaan Persekutuan telah siap dan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir yang layak dan pada masa sama 271 unit sedang dalam peringkat binaan dan 40 peringkat prabina.

“Selain itu 511 rumah telah disediakan tapak untuk pembinaan, sebahagian besarnya bermula 22 Oktober lepas berikutan terdapat tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan tanah-tanah persendirian perlu diperolehi menerusi pengambilan tanah,” katanya.

Annuar mahu tahu bilakah jumlah sasaran sebanyak 1,225 unit rumah bakal terlaksana dan apakah bentuk kekangan yang dihadapi dalam menyiapkan projek itu.

Shahidan berkata pembinaan RKB dijangka siap pada Februari 2016 manakala 118 unit lagi sedang dalam siasatan untuk ditentukan kelayakan.

“Kelewatan memulakan pembinaan disebabkan kekangan di peringkat awal berikutan tiada tanah-tanah sesuai untuk dibangunkan RKB, kos infrastruktur tinggi serta proses pengambilan tanah persendirian mengambil masa kerana memerlukan verifikasi tapak, pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Selain itu, katanya pembinaan RKB berkelompok baru diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 Okt lepas. – BERNAMA

Tags: APBNBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd