• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Penumpang Cedera Bas Terbabas Di Lebuhraya Utara-Selatan

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Enam penumpang bas persiaran, termasuk empat wanita, cedera ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di km421.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, di sini Sabtu malam.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian pukul 8.33 malam, bas tersebut yang dinaiki 43 orang sedang dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Pulau Pinang.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, M. Rameswaran, 29, juruteknik Kilang Western Digital di Pulau Pinang yang cedera dalam kemalangan itu, berkata mereka berlepas pulang ke Pulau Pinang pada pukul 6.30 petang selepas melawat kilang di Melaka.

“Semasa kejadian, saya sedang bermain telefon bimbit dan terkejut apabila tiba-tiba bas bergoncang kuat lalu terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu,” katanya kepada Bernama.

Katanya difahamkan, sebuah kereta yang berada di laluan kiri bas itu secara tiba-tiba mengubah haluan ke tengah lebuh raya, menyebabkan pemandu bas terpaksa membrek dengan mengejut lalu mengakibatkan kenderaan itu terbabas di kiri jalan. – BERNAMA

Tags: bas ekspreskemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd