Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Kepala Lelaki Dalam Karung...

Kejam dan amat mengerikan!Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan...

PLUS, Prolintas Tawar Rebat...

KUALA LUMPUR - Sempena perayaan Deepavali pada 10 Nov ini, PLUS Malaysia Berhad...

5 Bulan Terlantar Sakit...

NEW YORK - Penyanyi rock, Avril Lavigne memberitahu dia sudah terlantar selama lima...

Mengadu Durian Tak Sedap,...

SEORANG lelaki transgender di Thailand ditampar oleh peniaga durian selepas mengeluh durian yang...

41 Terbunuh, Dua Letupan Di Kawasan Hezbollah

BEIRUT – Dua letupan yang didakwa didalangi militan Negara Islam (IS) menyebabkan 41 orang terbunuh pada Khamis di sebuah kawasan beli-belah terkemuka di bandar raya ini, kubu kuat puak Shiah, Hezbollah.

Menteri Kesihatan, Wael Abou Faour, berkata lebih 200 orang cedera dan sebahagian besar mereka parah.

Serangan itu mungkin menandakan kembalinya kempen serangan terhadap Hezbollah seperti yang terjadi pada 2013 dan 2014, bagi membalas dendam terhadap sokongan kumpulan itu kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Serangan itu berlaku di kawasan beli belah di sebatang jalan sempit, Burj al-Barajneh.

IS dalam kenyataan yang disiarkan menerusi media sosial mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

“Tentera Khalifah meletupkan bahan letupan yang diletakkan pada sebuah motosikal di kawasan yang biasa dikunjungi puak Shiah.


“Selepas ‘kumpulan murtad’ berkenaan berkumpul di kawasan itu, seorang syahid kami meletupkan dirinya di kawasan itu,” kata kenyataan itu.

Dakwaan IS itu belum dapat disahkan tetapi dikeluarkan mengikut format yang biasa dikeluarkan kumpulan berkenaan.

Sementara itu, tentera Lubnan berkata, serangan itu dibuat dua pengebom nekad dan mayat pengebom ketiga yang gagal meletupkan bahan letupan di badannya ditemui di tempat kejadian. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori