• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Ditahan Bersama Sejumlah Dadah Di Hulu Besut

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang lelaki dan dua anaknya ditahan bersama sejumlah dadah dalam serbuan dilakukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Besut pada Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Besut, DSP Kamsani Hasan berkata bertindak atas maklumat orang awam, ketiga-tiga suspek yang berumur dari 15 hingga 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Darau, Hulu Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang.

“Semasa serbuan, suspek berusia 45 tahun itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis manakala dua anak lelakinya ditahan ketika masing-masing sedang tidur dalam dua bilik berasingan di rumah itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini

Menurutnya siasatan lanjut menemukan pelbagai jenis dadah methamphetamine dan ganja dalam bentuk paket dari beg silang dan beg pinggang yang dipakai suspek.

“Saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati dua daripada mereka termasuk lelaki 45 tahun itu positif dadah,” katanya.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM10,100 serta sebuah motosikal dan kereta jenis Proton Wira Aeroback kepunyaan suspek.

Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd