Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Video: “Maafkan Ambo, Tolonglah…...

APABILA melihat peragut kena keronyok dengan orang ramai sampai bedarah-darah, memang kesian tapi...

Infrastruktur Asas Di Labuan...

LABUAN - Infrastruktur asas di beberapa kampung di sini akan dinaik taraf dan...

Penghapusan GST Boleh Bawa...

KUALA LUMPUR – Cadangan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh pembangkang Pakatan...

Raub Dilanda Banjir, Mangsa...

KUANTAN - Raub menjadi daerah terbaru dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir yang...

2,400 Kad Touch ‘n Go Percuma Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan Grand Sepadu (NK) Sdn. Bhd. (Grand Sepadu) akan mengedarkan kad Touch ‘n Go secara percuma kepada orang ramai bersempena perayaan Deepavali tahun ini.

Taliworks Corporation Berhad (Taliworks Corporation) dalam satu kenyataan berkata, Grand Saga selaku subsidiri syarikat itu akan akan mengedarkan sebanyak 1,400 keping kad Touch ‘n Go bernilai RM19,600.

“Sementara syarikat usahasamanya, Grand Sepadu pula akan mengedarkan sebanyak 1,000 keping kad Touch ‘n Go yang bernilai RM14,000.

“Kad ini yang pada kebiasaannya dijual pada kos RM10 akan mempunyai tambah nilai sebanyak RM4 dan akan diedarkan di lorong tunai plaza–plaza tol pada 9 November 2015 sehingga kehabisan stok,” kata kenyataan itu hari ini.


Lebuhraya Cheras–Kajang (Grand Saga) antara lebuh raya empat lorong dua hala yang pertama di Malaysia sepanjang 11.5 kilometer (km) bermula dari Persimpangan Connaught, Cheras ke Saujana Impian, Kajang.

Sementara Lebuhraya NNKSB pula sepanjang 17.5km yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Bandar Klang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori