• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Siasatan BNM Tiada Kaitan Elemen Jenayah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini menjelaskan siasatan Bank Negara (BNM) mengenai pelaburan luar negara syarikat itu tiada kaitan dengan elemen jenayah.

Katanya maklumat yang diminta oleh BNM adalah mengenai hal-hal pentadbiran semata-mata.

“Kesalahan mengenai pelaburan asing yang dilaporkan Bank Negara terhadap 1MDB adalah berkaitan soal pentadbiran bukannya berkaitan jenayah.

“Kami akur dan akan selesaikan apa yang diminta oleh BNM,” katanya pada Majlis Penerangan Perdana mengenai 1MDB, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan Bajet 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Arul Kanda berkata sehingga kini sebanyak lima agensi sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara, menjadikannya satu-satunya syarikat yang paling disiasat di negara ini.

“Sekarang kami (1MDB) seolah-olah sebuah buku terbuka. Tapi untuk baca buku terbuka ini perlulah minda yang terbuka,” katanya.

Beliau juga mengakui bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak bagi memberi penjelasan berhubung isu 1MDB termasuk anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai sesi penerangan mengenai isu yang menyelubungi syarikat itu telah diadakan sejak awal tahun ini, termasuk sebanyak 90 kenyataan media telah dikeluarkan melalui temu bual dengan agensi berita tempatan dan berita asing termasuk BBC dan Reuters.

Dalam pada itu, menjawab satu soalan, Arul Kanda berkata proses menjana pembangunan projek Bandar Malaysia akan mengambil 10 sehingga 15 tahun berdasar keluasan kawasan berkenaan iaitu 486 ekar (194.4 hektar).

Katanya antara pembangunan yang akan dibangunkan di kawasan berkenaan ialah hab pengangkutan yang akan menyatukan perkhidmatan pengangkutan negara termasuk MRT, ERL, Bus Rapid Transit, KTM dan sistem perhubungan dengan lebuh raya berhampiran.

“Sebagai syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB juga mengambil tanggungjawab untuk membina lapan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan PDRM serta pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut yang akan menelan kos RM2.7 bilion, selepas ia dibina barulah 1MDB boleh mengambil alih tanah di situ,” katanya.

Arul Kanda berkata pelaksanaan pembangunan projek bernilai RM2.7 bilion itu telah diberikan kepada syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan 50 kontraktor Bumiputera mendapat sub kontrak bagi menyiapkan projek berkenaan.

1MDB juga memberi jaminan sekurang-kurangnya 5,000 buah rumah mampu milik akan dibangunkan di Bandar Malaysia bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, katanya.

“Syarikat swasta yang memegang ekuiti projek ini nanti juga disyaratkan mematuhi peraturan mengenai kuota kediaman ini, ia terkandung dalam pelan induk awal projek ini,” katanya ketika sesi soal-jawab pada majlis penerangan tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wNSOZ92J5Q4[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDBArul Kanda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd