• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,550 Saman Dikeluarkan Dalam Op Khas LPT2

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Sebanyak 1,550 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya sepanjang Op Khas Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula Khamis lalu dan berakhir semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata dalam operasi selama empat hari itu, 802 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala 748 melibatkan kesalahan yang lain.

“Sepanjang operasi itu, pihak polis mengesan ada pemandu yang memandu pada kelajuan 210 kilometer sejam (km/j),” katanya yang mewakili Ketua Polis Terengganu pada sidang media di sini hari ini.

Operasi Khas LPT2 itu membabitkan 130 anggota polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Trafik Kontinjen Johor dan Terengganu sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di laluan itu.

Jelasnya selain memfokuskan had laju, rondaan di sepanjang laluan 184 kilometer itu turut dibantu 10 kereta peronda, 17 motosikal berkuasa tinggi trafik, sebuah helikopter dan empat kamera perangkap had laju.

Wan Aziz berkata operasi yang dilancarkan itu turut mengesan jenayah lain termasuk narkotik, individu yang mempunyai waran tangkap dan lain-lain kesalahan.

“Dalam operasi itu juga, empat lelaki yang berusia 29 hingga 45 tahun diberkas bersama daun ketum dan dadah disyaki pil kuda dan kami juga menyita enam kenderaan atas kesalahan nombor pendaftaran palsu dan sebagainya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Abdul Aziz berkata tindakan undang-undang juga akan dikenakan kepada individu yang menceroboh kawasan LPT2 dengan memotong dan merosakkan pagar rezab serta tindakan saman terhadap mereka yang meletakkan kenderaan di lorong kecemasan untuk berehat dan tidur.

Berdasarkan statistik dari Januari hingga 8 Nov, 803 kes kemalangan direkodkan iaitu 32 kes melibatkan kemalangan maut membabitkan 45 kematian.

“Kami harap operasi sebegini dapat mengurangkan kemalangan jalan raya di LPT 2 yang mula dibuka secara berperingkat sejak Ogos 2011,” katanya. – BERNAMA

Tags: LPT2saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd