• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Plaza Tol Laksana Kutipan Elektronik Mulai 13 Januari

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kutipan tol secara elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di 10 plaza tol berkuat kuasa 13 Jan tahun hadapan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Ismail berkata tiga plaza tol terlibat terletak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) iaitu Plaza Tol Salak Selatan; Plaza Tol Putrajaya dan Plaza Tol Seri Kembangan.

Turut terlibat Plaza Tol PJS2; Plaza Tol PJS5 dan Plaza Tol Pantai Dalam yang masing-masing terletak di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) selain Plaza Tol Batu 9 serta Plaza Tol Batu 11 di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga).

“Dua lagi plaza tol adalah Plaza Tol Seri Muda dan Plaza Tol Alam Impian yang terletak di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya pengguna perlu menggunakan sama ada kad PLUSMILES, Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol terlibat.

Katanya untuk memastikan operasi berjalan lancar pihak konsesi lebuh raya menyediakan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go yang beroperasi 24 jam selain turut menempatkan kakitangan untuk membantu jika berlaku masalah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya yang terlibat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]4gsYIbmsqUU[/wpdevart_youtube]

Tags: LLMTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd