Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rampas 178 Kotak Mercun,...

Kota Bharu - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 178 kotak pelbagai...

Draf Akta Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan berita palsu...

DAP Pujuk PAS Terus...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memujuk parti PAS dan Parti...

Pendaftaran PBS Menerusi JBPM...

BELAGA - Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

Zamani Buat Laporan Polis Berhubung Kehilangannya

MUAR – Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.

“Tempoh Rawatan Zamani Telah Tamat, PENGASIH Halang Keluar”

“Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada jam 3.45 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.


Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada jam 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.

Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qJJhqk4uXKI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori