Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Pesakit Ke-5 Jangkitan Rabies...

KUCHING - Seorang lelaki disahkan dijangkiti rabies, atau penyakit anjing gila di daerah...

Dasar Wasatiyyah Disebar Luas...

BESUT - Langkah strategik sedang dilakukan dalam menyiapkan satu dasar wasatiyyah sebelum disebarluaskan...

Tok Mat Pencetus Inspirasi...

Masih segar dalam ingatan malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) saya bergegas...

Tiada Peningkatan Permohonan MM2H...

KUALA LUMPUR - Walaupun berlaku protes di Hong Kong baru-baru ini, Malaysia tidak...

Zamani Akhirnya Bersanding Atas Pelamin

KUALA LUMPUR – Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di atas pelamin pada usia menghampiri 50 tahun.

Zamani bersanding bersama isterinya, Nur Juliana Abdul Rani di Mercure Selangor, Selayang semalam.

Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu terharu dan seperti tidak percaya majlis bersejarah dalam hidupnya itu benar-benar menjadi realiti.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada perunding perkahwinan Wedding Studio yang menaja sepenuhnya majlis ini.

“Sewaktu berada di atas pelamin ketika bersanding, saya rasa seolah-olah seperti bermimpi.

“Perancangan ini dibuat sebelum saya menunaikan umrah pada hujung Oktober lalu. Tarikhnya memang dah ditetapkan dari awal iaitu 1 Januari 2020,” katanya seperti dilaporkan portal Harian Metro.

Zamani, 49, dan Nur Juliana diijabkabul pada 20 September lalu. – MalaysiaGazette

Kategori