• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamani Buat Laporan Polis Berhubung Kehilangannya

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.

“Tempoh Rawatan Zamani Telah Tamat, PENGASIH Halang Keluar”

“Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada jam 3.45 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada jam 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.

Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qJJhqk4uXKI[/wpdevart_youtube]

Tags: zamani
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Zamani Akhirnya Bersanding Atas Pelamin

02/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di atas pelamin pada usia menghampiri 50 tahun....

Zamani Selamat Menamatkan Zaman Bujang

22/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd