• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tahanan ISA, Yazid Sufaat Ialah Anggota JI Malaysia

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat ialah anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) Malaysia.

Ketua Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan Universiti Teknologi Nanyang di Singapura, Prof Dr. Rohan Gunaratna berkata maklumat mengenai penglibatan Yazid dengan kumpulan JI diperoleh melalui keterangan seorang banduan dan suspek pengganas dikenali sebagai ‘Hambali’, yang kini ditahan di Amerika Syarikat (AS).

Rohan, 54, berkata Hambali melalui keterangannya di dalam Laporan Suruhanjaya 9/11 menyatakan beliau merekrut Yazid untuk bekerja dengan Al-Qaeda di Asia Tenggara.

“Laporan Suruhanjaya 9/11 itu adalah berdasarkan penyiasatan serangan 9/11. Laporan itu jelas menyebut bagaimana Hambali merekrut Yazid Sufaat untuk bekerja dengan Al-Qaeda di Asia Tenggara.

“Saya memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya 9/11 mengenai struktur Al-Qaeda kerana beberapa penyerang 9/11 telah ke Asia Tenggara khususnya Malaysia dan tinggal di sebuah pangsapuri yang ditawarkan oleh Yazid Sufaat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Yazid, 51, dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim, 35, yang didakwa terbabit dalam kegiatan menggalakkan keganasan.

Yazid berdepan dua pertuduhan menggalakkan keganasan dengan niat menghasut orang awam di Syria dan menjadi anggota kumpulan Tanzim Al-Qaeda Malaysia manakala Muhammad Hilmi dituduh bersubahat dengannya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang dekat sini antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb 2013 mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili kedua-dua tertuduh, membantah soalan pihak pendakwaan kerana jawapan diberi adalah pendapat saksi berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin berkata mahkamah mengambil maklum tentang bantahan itu. – BERNAMA

Tags: Al-QaedapengganasYazid Sufaat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd