• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Penyebaran Maklumat Di Media Sosial – Salleh

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan penuh berwaspada apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial.

Beliau berkata pembangunan teknologi masa kini membolehkan penyebaran maklumat menjadi lebih pantas dan tiada batasan.

“Ada sebilangan masyarakat yang terpengaruh dan percaya dengan penyebaran maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya,” katanya kepada pemimpin Komuniti 1Malaysia (K1M) Labuan dalam majlis ramah mesra di sini, Khamis malam.

Salleh berkata berikutan kekukuhan asas ekonomi negara menyebabkan ada pihak yang berkepentingan cuba mengganggu-gugat kestabilannya dengan menyebarkan maklumat yang tidak betul.

Katanya arahan telah dikeluarkan kepada agensi di bawah KKMM untuk berperanan lebih berkesan dalam memberi penjelasan kepada masyarakat tentang dasar kerajaan.

“Sebaiknya, pembangunan dan kecanggihan teknologi dalam penyebaran maklumat melalui internet digunakan untuk menjana pendapatan, meningkatkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan seperti mana diamalkan di negara lain, dan bukannya untuk kejahatan,” katanya.

Salleh berkata adalah penting untuk masyarakat kini beralih arah kepada ekonomi digital melalui aplikasi teknologi maklumat yang terbukti boleh membantu meningkatkan ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya kini memberi penekanan dan penumpuan kepada prasarana untuk penembusan dan kelajuan liputan internet.

Katanya kerajaan kini berusaha untuk memastikan kemudahan akses Internet dipertingkatkan untuk dinikmati oleh masyarakat luar bandar.

“Beberapa perkara yang menjadi perhatian kementerian, bukan sahaja penekanan kepada kelajuan tetapi juga kemampuan masyarakat. Selain itu kita juga memberi perhatian kepada liputan, ini kerana Malaysia adalah negara yang luas.

“Kita tidak mahu kemudahan Internet ini hanya dinikmati di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang tetapi kita juga mahu memastikan masyarakat di pulau-pulau di Sabah turut menikmatinya,” katanya. – BERNAMA

Tags: internetmaklumatmedia sosialSalleh Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd