Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Peniaga Didakwa Kes Tipu...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menipu...

Akaun Bank Najib Tidak...

KUALA LUMPUR – Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Zii Jia Kemuka Rayuan...

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat...

Bantuan Persekolahan Bukti Kerajaan...

LAHAD DATU - Pemberian bantuan persekolahan antara bukti kerajaan prihatin dan sentiasa memikirkan...

Wanita PKR Akui Parti Pembangkang Kebudak-Budakan

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan pendirian pucuk pimpinan parti itu mempelawa PAS menyertai Pakatan Harapan walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti-parti pembangkang termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) perlu bersatu bagi meneruskan agenda menumbangkang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dalam proses membina dan menerajui Pakatan Harapan, semua parti-parti pembangkang perlu belajar daripada pengalaman lepas.

“Kita perlu bersatu dan bertegas untuk memenangi Putrajaya Oleh itu, adalah penting menjaga batas dalam berkomunikasi. Mencabar satu sama lain untuk pertandingan tiga penjuru adalah terlalu kebudak-budakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan yang ditubuhkan oleh PKR, DAP dan PAN berikutan pembubaran Pakatan Rakyat pada Jun lalu menyisihkan penyertaan PAS.

Ia berikutan DAP dan PAN berpandangan pemimpin PAS tidak boleh dipercayai kerana sering berbohong dan mengkhianati sewaktu mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagaimanapun membuat pusingan U apabila menegaskan PKR komited untuk mempelawa PAS menyertai Pakatan Harapan.

PKR membuat pusingan U kerana bimbang bakal kehilangan undi penyokong PAS berikutan kurang bilangan kaum Melayu menyertai perhimpunan haram Bersih 4 bagi menumbangkan kerajaan pada Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil pula secara lantang mendesak PKR supaya melupakan PAS dan meneruskan kerjasama dengan DAP dan PAN sahaja. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori