Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

PM Sebut ‘Nasi Lemak...

TUAH Siti Hajjar Ahmad bukan sahaja popular menerusi media sosial baru-baru ini, tetapi turut menjadi...

Wanita Rompak Guna Coli...

Lexington - Seorang wanita didakwa di sebuah mahkamah di sini atas tuduhan cuba...

Stacy Tak Mahu Berkepit...

WALAUPUN berkongsi gambar bersama pasangan mungkin dianggap romantis bagi sesetengah selebriti, berbeza pula...

SOP Lengkap Dos Penggalak...

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin...

Wanita Nyaris Dirogol Penyamun

BATU PAHAT – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ketika memecah masuk rumahnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi minggu lalu, mangsa sedang tidur di kediamannya di Senggarang, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising.

Katanya, setelah tersedar, mangsa mendapati seorang lelaki dipercayai warganegara Indonesia di dalam biliknya dipercayai masuk melalui tingkap.

“Pada awalnya, mangsa diarah mengeluarkan barang berharga miliknya dan mangsa yang ketakutan mengikut arahan diberikan suspek.

“Bagaimanapun, suspek mengarahkan mangsa mengikutnya ke kawasan kebun berhampiran,” katanya.

Menurutnya, takut dengan ugutan dicederakan, mangsa menurut kehendak suspek.

Katanya, sebaik sampai di kebun berkenaan, suspek telah mencabulinya.


“Bagaimanapun, suspek kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan kebun berkenaan.

“Mangsa balik ke rumah dan mendapati beberapa barang miliknya termasuk telefon bimbit serta wang tunai telah hilang.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat dan pihak polis masih giat memburu suspek berdasarkan maklumat diperoleh,” katanya. – Sinar Harian Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=qeftywF9yEQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori