Friday, February 23, 2024

Creating liberating content

Awasi Bekas Lombong Bauksit...

KUANTAN - Penduduk yang tinggal berhampiran bekas lombong bauksit sekitar daerah ini digesa...

Sedih, Anak Yatim Simpan...

MENIPU dah satu dosa, kelepet pulak duit anak yatim.. memang berganda-gandalah dosanya!Bayangkan, bersusah...

Vaan Gaal Cemuh Mourinho

BEKAS bos Manchester United mengkritik Jose Mourinho. Louis Van Gaal menganggap taktik pengurus terkini...

Bank Di Salak Tinggi...

SEPANG - Sebuah bank di Bandar Baru Salak Tinggi di sini musnah kira-kira...

Wanita Hamil Antara Ditahan Dalam ‘Ops Sarang Khas’

JEMPOL – Seorang wanita hamil tiga bulan antara 86 orang yang ditahan dalam ‘Ops Sarang Khas’ di sekitar kawasan Felda di daerah ini, hari ini.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi berkata wanita itu, yang hamil anak ketiganya, ditahan bersama-sama suaminya di rumah mereka.

Kesemua penagih itu, yang berusia antara 21 tahun hingga 66 tahun, ditahan dalam operasi itu yang dijalankan bersama-sama dengan Polis Negeri Sembilan dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

“Daripada jumlah itu, seramai 31 daripadanya merupakan kes baharu manakala bakinya adalah kes ulangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Jempol di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan Supt Ayub Salim.

Ismail berkata operasi itu, yang bermula 10 malam hingga 2 petang tadi, membabitkan 65 anggota polis dan 113 anggota AADK.

“Operasi kali ini menumpukan penyalahgunaan dadah di kawasan Felda Palong 4, 5, dan 6 selain melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan kawasan ladang.” katanya.


“Serbuan dibuat hasil maklumat orang awam dan pemerhatian anggota kami dan polis,” katanya.

Sementara itu, Ayub berkata dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang tidak bekerja di Felda Pasoh 2 dekat sini, dan merampas enam paket dadah disyaki heroin seberat 13.11 gram dan sepaket dadah disyaki syabu seberat 1.32 gram.

“Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ayub turut menasihati golongan muda supaya menjauhi atau berhenti daripada penagihan dadah, selain meminta masyarakat supaya terus peka dengan keadaan tempat tinggal dan persekitaran serta dapat menyalurkan maklumat bagi memastikan kawasan mereka bebas dadah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=U5LdOIr16og

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori