• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Nelayan Selamatkan Anak Pelarian Syria Dari Lemas

oleh AK-47
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA bukan kerana kecekapan dan keprihatinan nelayan dari Turki ini, barangkali masyarakat dunia akan menyaksikan sekali lagi kisah sadis yang pernah menimpa adik Aylan Kurdi.

Video dua orang nelayan yang bertungkus-lumus menyelamatkan seorang anak pelarian Syria yang terapung di Laut Aegean baru-baru ini, nyata telah meninggalkan kesan kepada seluruh masyarakat.

Kanak-kanak lelaki itu terapung bersama ahli keluarganya selepas bot yang mereka naiki untuk ke Eropah dipercayai karam.

Suasana panik dapat didengar selepas dua nelayan mendapati budak lelaki yang terapung dalam keadaan kepala di dalam laut itu masih mempunyai harapan untuk meneruskan hidup.

[AYLAN KURDI: KISAH KANAK-KANAK TAK BERDOSA MANGSA PERANG DI SYRIA]

1

Kapten bot pada mulanya menyangka anak kecil berusia 18 bulan itu sudah tidak bernyawa ketika ditemui.

Namun selepas menarik badan budak lelaki itu ke atas bot, seorang daripada nelayan menjerit teruja selepas mendengar budak tersebut mengeluarkan suaranya.

“Dia kelihatan sangat pucat. Kami sangkakan dia mengalami hipotermia kerana badannya sangat sejuk manakala kaki serta tangannya sudah bertukar putih. Mulutnya juga berbuih,” ujarnya.

Mereka cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan budak terbabit termasuk membuat panggilan kecemasan.

[JURUKAMERA TENDANG PELARIAN SYRIA MAHU SAMAN MANGSA]

o-BABY-570
Muhammad Hasan, 18 bulan

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Hasan itu akhirnya dibawa ke Kusadasi dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian sama, nelayan bot tersebut menyatakan mereka telah menarik dan menyelamatkan sekurang-kurangnya 15 orang daripada mati kelemasan di situ. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: bayikanak-kanakpelarian Syriavideovideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd